Thaksin Shinawatra digulingkan Rampasan_kuasa_di_Thailand_2006

Thaksin Shinawatra berada di New York menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) sesi ke-61 ketika rampasan kuasa oleh tentera Thailand. Thaksin Shinawatra terpaksa membatalkan ucapannya setelah berita rampasan kuasa di sampaikan oleh pihak media.

Thaksin Shinawatra yang menjadi Perdana Menteri Thailand sejak 2001 dengan dokongan parti Thai Rak Thai. Apabila pilihan raya diadakan semula pada 2 April 2006, sekali lagi dia berjaya menewaskan pembangkang dengan mudah. parti Thai Rak Thai merupakan parti tunggal yang pertama berjaya memenangi pilihan raya Thailand. Oleh itu permbangunan berjaya dilaksanakan dengan lancar.

Thaksin berusia 57 tahun.Kiranya Thaksin kembali ke Thailand , kemungkinan beliau akan ditangkap , di tahan dalam rumah dan dibicarakan sebagaimana Suharto di Indonesia.

Thaksin berlepas ke London dan bertemu dengan ahli keluarganya. Apartmen mewa di Maple Lodge milik Thaksin dianggarkan bernilai RM31 juta dan merupakan satu daripada hartanah pensendirian miliknya di luar negara, Semalam Thaksin bersiar-siar bersama dengan anak perempuannya Pinthonta di Hyde Park , London. Anak gadisnya itu dihantar belajar di London, tidak di negaranya sendiri.

Thaksin Shinawatra membina empayar perniagaan dan empayar politik yang kukuh di Thailand. Beliau merupakan jutawan telekomunikasi . Saham firma terlekomunikasi Shincorp telah dijual kepada Singapura dan Thailand dipersalahkan kerana mengorbankan maruah Thailand demi wang ringgit.

Thaksin mengamalkan pentadbiran 'ala CEO' di mana banyak keputusan diputuskan oleh keuntungan wang ringgit, tanpa memperdulikan maruah negara dan nyawa.

Pada 2003, Thaksin menjadikan Thailand sebagai hos terbaik bagi Forum Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di Bangkok.Ketika itu pihak media memuji Thaksin dan menyamakan beliau dengan Dr Mahathir Mohamad sebagai 'suara Asean'.

'Thaksinomics' tercipta kerana Thaksin berjaya mebawa keluar Thailand dari Krisis Kewangan Asia 1997. Thailand bebas daripada cengkaman hutang Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) .

Thaksin dilihat mengamalkan kroni . Ramai sanak saudara dan rakan sekolahan dilantik dalam pasukan tentera, polis dan perniagaan. Rakyat di kota dan bandar Bangkok hilang kepercayaan kepadanya. Sebaliknya penduduk luar bandar menyukai beliau kerana banyak menabur wang dan pembangunan.

Demokrasi sebenar tidak wujud dalamn tempoh lima tahun pemerintahan Thaksin. Mulut pembangkang ditutup. Begitu juga dengan media. Contohnya akhbar Thai Rat , Mathichon dan Bangkok Post.

Beliau campur tangan dalam rombakan tentera . Tiga pemimpin tentera sebelum ini adalah kroni beliau. Perlantikan Jeneral Sonthi Boonyaratglin sebagai Ketua Tentera Thailand diharap dapat menutup isu kronisme beliau.

Selatan Thailand yang meliputi Yala, Narathiwat dan Pattani bermandi darah sepanjang lima tahun Thaksin berkuasa. Tentera dari utara dikerah ke selatan bagi menangani cubaan memerdekakan selatan Thailand. Tindakan keras terhdap orang Islam di selatan adalah senada dengan dasar Amerika Syarikat di seluruh dunia. Kuasa Barat dan media Barat menyokong Thaksin dan tidak mengutuk tindakan Thailand di selatan.

Pada peringkat awal , Thaksin disenangi di selatan kerana melantik beberapa pemimpin Islam sebagai Menteri atau orang kanannya. Parti Thai Rak Thai mendapat sokongan majoriti di selatan. Tetapi dalam pilihan raya 2 April 2006 ....

Thaksin setuju pasukan tentera Thailand dihantar ke Iraq pada 2003 dan ini amat melukakan penduduk Islam di Asia Tenggara.

Pada 20 September 2006 pesawat jet Thai Airways yang membawa Thaksin ke New York dipaksa mendarat di lapangan tentera Bangkok sebelum diperiksa oleh 10 anggota komando tentera. Tidak ada Thaksin di dalam pesawat tersebut. Cuma 20 wartawan dari kor Media dan beberapa pegawai rendah.

Berkaitan